Wednesday, 11 March 2015




ERINASTIE BINTI RASILIN
07DPR14F2054

KESAN SEMANGAT PERPADUAN DI SABAH

           Assalammualaikum, saya ingin berkongsi sedikit tentang tajuk yang diberi iaitu kesan semangat  perpaduan di Negeri Sabah.

          Maksud perpaduan kaum ialah semua kaum di dalam sesebuah negara saling bekerjasama atau erti kata yang lain berganding bahu untuk membentuk negara yang makmur dan damai. Sesebuah negara yang maju tidak akan wujud tanpa perpaduan dari semua kaum. Contohnya, Jepun yang mempunyai perpaduan 100% menyebabkan negara itu membangun dengan megahnya.
Perpaduan amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial bagi sesebuah negeri yang sedang membangun. Selain itu juga integrasi kaum dan hubungan etnik sangat penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada kemajuan negara. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik, perkara ini dianggap penting kerana kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada perpaduan rakyat di negara.




            Antara kesan semangat perpaduan di sabah ialah, dapat memajukan ekonomi Negara. Apabila semangat perpaduan wujud, penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Selain itu, dapat menarik minat pelancong daripada luar Negara untuk dating ke Negeri Sabah kerana keistimewaan yang wujud di Negeri Sabah seperti kepelbagaian etnik dan budaya di negeri sabah.
            Selain itu, mewujudkan masyarakat yang harmoni, walaupun masyarakat di sabah berbilang kaum, bangsa, agama, dan latar belakang yang berbeza, akan tetapi masyarakat hidup dengan aman dan harmoni kerana masyarakat di sabah mengamalkan semangat perpaduan yang tinggi. Seperti saling tolong menolong antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.


          Apabila semangat perpaduan wujud, penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Selain itu, dapat menarik minat pelancong daripada luar Negara untuk dating ke Negeri Sabah kerana keistimewaan yang wujud di Negeri Sabah seperti kepelbagaian etnik dan budaya di negeri sabah.

         Selain itu, mewujudkan masyarakat yang harmoni, walaupun masyarakat di sabah berbilang kaum, bangsa, agama, dan latar belakang yang berbeza, akan tetapi masyarakat hidup dengan aman dan harmoni kerana masyarakat di sabah mengamalkan semangat perpaduan yang tinggi. Seperti saling tolong menolong antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.


          

Sambutan Pesta Kaamatan


Pesta Kubis Kundasang

No comments:

Post a Comment