Wednesday 25 February 2015

ERA FAZERA BINTI ANJIL
NO MATRIK : 07DPR14F2048

KESAN SEMANGAT PERPADUAN DI SABAH

  Assalamualaikum wbt, saya disini ingin berkongsi dengan anda semua tentang 'Kesan Semangat Perpaduan Di Sabah'. Seperti yang anda semua tahu di Sabah terdapat pelbagai kaum, etnik dan budaya yang tidak terdapat dimana-mana negeri yang lain. Selain itu, semua warga Sabah berusaha untuk menyatukan semua kaum supaya menjadi sebuah negeri yang aman.

Perpaduan di Sabah adalah amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik, ekonomi, dan sosial. bagi sesebuah negara yang sedang membangun. Selain itu juga integrasi kaum dan hubungan etnik sangat penting supaya tenaga Negara dapat disalurkan kepada kemajuan Negara sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik. Perkara ini dianggap penting kerana kemajuan sesebuah Negara adalah bergantung kepada perpaduan rakyat di Negara .Antara kesan semangat perpaduan di Sabah ialah, dapat memajukan ekonmi Negara apabila semangat perpaduan wujud penindasan ekonomi tidak akan berlaku, kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Selain itu, dapat menarik minat pelancong daripada luar Negara untuk datang ke negeri Sabah kerana keistimewaan yang wujud di negeri Sabah, seperti kepelbagaian etnik dan budaya di negeri Sabah. Contoh seperti gambar dibawah :

 
Kaum Bajau


Kaum Bugis


Kaum KadazanDusun


Kaum Murut


Kaum Melanau

Dan bukan ini sahaja, Negeri Sabah mempunyai tidak kurang  dari 30 etnik suku kaum. Sebuah  negeri yang kaya dengan tarian  kebudayaannya. Apabila tiba musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga perayaan Sabah Fest yang dirayakan pada Mei setiap tahun, orang ramai dapat menyaksikan pelbagai tarian kebudayaan yang dipersembahkan untuk memeriahkan lagi suasana perayaan berkenaan. Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Etnik terbesar di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut.  Suku kaum yang lain ialah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain. Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat  dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.

 Selain itu, mewujudkan masyarakat yang harmoni, walaupun masyarakat di Sabah berbilang kaum, bangsa, agama dan latar belakang yang berbeza, akan tetapi masyarakat di Sabah hidup dengan harmoni. Kerana masyarakat di sabah mengamalkan semangat perpaduan yang tinggi. seperti saling tolong menolong antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama. itulah semangat yang dimiliki oleh masyarakat di Sabah, yang menjadikan sabah sebuah negeri yang harmoni .Seterusnya, kesan perpaduan di Sabah ialah keamanan Negara yang dapat dipertingkatkan tanpa perpaduan semua kaum. Keamanan di Sabah tidak akan dapat diwujudkan sehingga sekarang dan bila semangat perpaduan tidak diamalkan ianya boleh menghancurkan keamanan sesebuah Negara yang telah dibina. Contohnya, yang berlaku di Sabah apabila negeri Sabah dicerobohi oleh anasir-anasir luar, rakyat Sabah turut memainkan peranan masing-masing seperti merahsiakan maklumat sulit Negara,  kerana rakyat di Sabah memiliki semangat perpaduan yang tinggi .Akhir sekali, membantu Negara untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan kepelbagaian etnik yang wujud di Sabah. Penduduk di Sabah mempunyai pelbagai kaum dan bangsa yang berbeza-beza seperti melayu, kadazan, bajau, murut, dusun, bugis, dan banyak lagi. Terdapat 30 etnik yang wujud di Sabah. dengan adanya semangat perpaduan yang wujud di Sabah ianya dapat mengelakkan Negeri Sabah daripada sebarang masalah yang melibatkan etnik di Sabah. Selain itu, kerajaan juga tidak lupa menganjurkan kongsi raya bagi mewujudkan penyatuan dalam konsep 1 malaysia, begitu juga kunjungan muhibah yang diadakan sempena rumah terbuka setiap kali perayaan yang diadakan oleh perdana menteri dan ahli kabinet lain.




Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Mereka menetap di Sabah sejak abad yang lalu dan mereka merupakan kumpulan yang terbesar selepas kaum Kadazandusun. Manakala, terdapat juga suku kaum bukan-pribumi Sabah yang boleh menikmati faedah Bumiputera. Ini berdasarkan Perkara 160 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mendefinisikan "Orang Melayu" seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bertutur bahasa Melayu, menurut adat Melayu dalam kehidupan seharian. Oleh sebab yang demikian, penduduk dari Semenanjung Malaysia, Sarawak serta imigran dari Indonesia dan Filipina yang beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu seharian serta telah bermastautin di Malaysia adalah dalam lingkungan takrifan ini, lantas dapat menikmati faedah Bumiputera walaupun bukan berasal dari kalangan Pribumi Sabah.Bahasa rasmi negeri Sabah ialah Bahasa Melayu (seperti negeri lain di Malaysia), namun terdapat bahasa-bahasa lain yang ditutur; seperti Bahasa Kadazan, Bahasa Cina (Bahasa Mandarin, Bahasa Hakka), Tombonuo, Sungai dan lain-lain. Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan utama, Bahasa Melayu Sabah yang digunakan oleh masyarakat Sabah terdapat sedikit perbezaan daripada Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu Baku).

Salah satu contoh Tarian Kontemporari Kadazandusun 

No comments:

Post a Comment